Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Puncak Alam, Selangor, Malaysia
Waktu adalah pedang, jika kamu bisa menggunakan dengan baik, maka pasti akan membawa untung, tapi jika kau menggunakan dengan buruk, pasti dia akan membunuhmu.

Sabtu, 25 Disember 2010

MLM bukan perniagaan, tapi penipuan.

Aku melihat MLM bukan sebuah perniagaan tp adalah sebuah tipu daya. Mereka sanggup menipu sedara sendiri demi mencari downline. Kpd semua MLMers berhentilah menipu sedara sendiri dan pulangkan duit yg sudah diambil. Kpd yg belum terkena berhati2lah sebelum terkena krn MLM tak kenal mangsa hatta adik beradik sendiri.
Mereka dtg dgn berbagai helah spt mempromosi produk baru yg belum lg berada dipasaran. Anda dijemput utk menyertainya, jadilah yg pertama, yer yg pertama!! Kan sial tuh! Kalau takda duit bolih pinjam bank lg.... so ape tunggu? jom ler join, bolih kaya beb............ Produk dijanjikan baik lg halal tiada dijual disuper market. Bulih menyembuhkan 30 jenis penyakit. hak hak hak tuih!!!! Ini suma kelentong MLMers haprak haram jadah!! Ok aku stop kt sini dulu, bini dh bising suruh lipat baju, alahai apo nk buat.....nanti ada cite baru pasal MLM aku tulis lagi. Wassalam......

Selasa, 21 Disember 2010

MLM haram jadah 2

            Alkisah berlaku kpd bini aku dgn sepupu aku. Sepupu aku ni ektrem dgn Zuliang dia ,siap g umrah
hasil dari Zuliang yg dia ushakan selama ni. Selalulah sepupu aku ni menalipon bini aku suruh masuk bisniz nih. Sepupu aku ni bukan nk jual produk zuliang tapi nak tambah downline sebanyak mungkin. Selalu jugak dia talipon bini aku tanya bila nk jumpa siap amik alamat rumah. Aku dah syak mesti ada ape2 nk dipromot. Klu tak takkan hari2 talipon.

 Gambaran MLM

              Maka disatu ptg yg aman sewaktu aku belum balik dari kerja berkunjung ler sepupu aku ke rumah aku nun dihujung S.Alam, hujung Klang dan hujung K.Selangor. Agak2 korang tau ke lokasi rumah aku ni? Korang teka ler sndiri. Ok, buat pengetahuan korang sepupu aku tak pernah sampai ke rumah aku. Itulah kali pertama dia menjejak kaki kerumah aku.
              Dia tak dtg sorang tapi bertiga. Pergh!! Tiga lawan satu beb!! Tapi ketika itu aku tiada dirumah jadi aku tak tahu bagaimana dialog mrk menemberang bini aku. Pendekkan cite bini aku ckp nk tanya aku dulu. Yang aku kecik ati raya pun tak dtg rumah. Bila nk buat keje haram jadah ni sanggup pula cari rumah aku, kan pelik tuh!! Dua tiga hari selepas tu sepupu aku menalipon bini aku beserta pujuk rayu ajak masuk bawh nama dia. Cuma bayar 68 hengget segala urusan downline seterusnya dia yg akan buat. Bini aku juga dijemput utk menghadiri perjumpaan bertempat di Damansara. Pergh!!! banyak cantik!! duit minyak sape nk tanggung?
              Buat pengetahuan korang aku pernah tinggal di sek 10 Shah Alam selama 4 tahun. Aku bukan ddk kt rumah teres tu tp ddk rumah kedai jer, rumah syarikat tpt aku berkerja ketika itu. Sebaris dgn restoran Azira. Sebelah tu ada opis Zuliang ni. Aku tgk selalu juga mrk buat perjumpaan siap ada mkn2 lg. Yg aku heran tu ada pompuan pakai purdah pun join Zuliang haram jadah ni, pening aku mikir.............
              Maknanya MLM haprak ni tak mengenal mangsa. Asal dungu dan boleh diperbodohkan jalan........... Kesian, mungkin pompuan berpurdah tu dh kaya raya, aku jer masih mcm ni, hahahahaa haron.
              Aku tak kaya sbb tak joint benda ni gamaknya. Eh! kt mn kita td? Ok berbalik  cite asal, bini aku jawab tak berminat nak joint pasal membazir n buang karan. Sejak tu sepupu aku tak pernah hubungi bini aku lagi. sebenarnya ini bukan kali pertama bini aku diganggu dek Zuliang haprak ni. Kali pertama masa ddk kt Teluk Menegun Kg Jawa. Ni pulak kawan aku punya kakak nk buat lawak dgn bini aku. Kenal pun tidak terus talipon nk dtg rumah. Hram jadah tol ler puak2 ni. Pastu ajak join Zuliang, tak ker gila babai namanya tu. Bini aku siap buat kueh nk sambut tamu misteri nih. Pendekkan cite kakak kawan aku pun promot ler zuliang haram jadah ni. Aduh sakit hati aku suami isteri, ingatkan dtg nk menghubung siratul rahim, rupanya nk menjahanamkan duit aku dan isteri. Dah tu memaksa lak, klu ikutkan hati mau aku halau jer. Moral of story jgn ler buat keje haram jadah ni, berdosa tau, cina yg jadi tokey zuliang ni dh kaya raya disbbkan kebodohan org melayu. Ok setakat ni saje buat masa ni.....wassalam